Selasa, 28 Oktober 2014
Unfair Advantage
Sebuah buku dari penulis terkenal dalam Pendidikan Kewangan Peribadi Robert T. Kiyosaki
Pengenalan
Orang asli Afrika dan Asia mudah menangkap monyet, mengapa mudah? .. Pemburu akan mencari pokok yang mempunyai lubang kecil pada batang pokok dan meletakkan buah buahan ataupun kacang sebagai umpan di dalam lubang itu, apabila monyet datang mereka akan menyeluk tangannya ke dalam lubang itu untuk mencapai buah. Sayangnya genggaman tangan monyet itu yang dipenuhi umpan tidak dapat ditarik keluar kerana monyet itu masih tidak mahu melepaskan genggaman umpan itu , apabila pemburu datang dengan mudah untuk menangkap monyet itu.
Manusia juga mempunyai tabiat yang sama secara tak langsung, meskipun tidak berpaut kepada buah-buahan ataupun kacang tetapi manusia berpaut pada jaminan pekerjaan, pemilikan dan wang, sebahagian besar menghambakan diri sebagai hamba gaji kepada majikan dan hamba cukai kepada kerajaaan.
Kita boleh ditarifkan kepada kuadran tertentu berasaskan cara kita mendapat wang iaitu,
Jika monyet yang dibelenggu dengan umpan , manusia pula terbelanggu dengan idea lama dalam kewangan, beberapa idea lama tentang wang
1. Saya tidak akan kaya
2. orang kaya bersifat tamak
3. Saya lebih sanggup gembira daripada kaya
4. cukai tidak adil
5. saya perlu bekerja keras
6. Melabur itu berisiko
7. Peroleh pendidikan berkualiti
8. Saya perlu jaminan pekerjaan
9. Saya perlu melabur untuk jangka masa panjang dalam portfolio yang perlbagai merangkumi saham, bon dan dana bersama
10. Saya tidak pandai di sekolah. Bagimana saya boleh menjadi kaya?
Licik Pertama : Ilmu Pengetahuan
Sekiranya saya mempunyai USD 10K Apa yang patut saya buat dengan wang itu? Di mana saya patut melabur?
Jawapan ringkas : Sekiranya kita tak tahu apa yang patut dilakukan dengan wang kita, perkara terbaik yang kita boleh lakukan adalah tidak memberitahu sesiapa :)
Kenapa jangan membritahu orang lain, sebab ramai orang diluar yang meminta kita serahkan wang kita untuk diuruskan, bahaya tu.
Definisi Pendidikan Kewangan yang diajar di sekolah adalah kurang tepat, maka need definisi yang komprehensif agar kita dapat memahami makna definisi kewangan peribadi.
Dalam melaburkan duit kita untuk memberi aset seharusnya kita tertumpu kepada Aliran Tunai bukannya Keutungan Modal
Jika belian Aset boleh memberikan sumber pendapatan kepada kita .. ini baru boleh digelarkan aset contohnya kita beli rumah dan sewakan kepada orang lain, jumlah sewa melebihi pinjaman perumahan kita, lebihan wang itu akan masuk dalam poket kita, baru layak digerak Aset.
Tetapi jika belian Aset itu hanya mengeluarkan perbelanjaaan sahaja , itu bukannya aset sebaliknya adalah Liabiliti. Jika kita beli rumah untuk kita, tiada pendapatan yang masuk malah perbelanjaan yang harus keluar kerana membeli perabut ubahsuai dan sebagainya maka rumah yang kita duduk bukannya aset tetapi adalah liabiliti.
Kesimpulannya pendidikan kewangan memberikan keupayaan kita menerima maklumat dan memproses ia menjadi pengetahuan untuk kita.
Licik Kedua : Cukai
Golongan E dan S adalah pembayar cukai yang tertinggi berbanding golongan B dan I yang kurang membayar cuakai.
Jumaat, 17 Oktober 2014
Pembelian Melalui Internet
Baru ni motor viper kereta Proton Exora saya rosak, sayangnya bengkel autoelektrik kereta tiada stok dan dia kata bekalan stok di Kuantan juga tiada, so need tempahan khas need RM 550 mahal tu.
So saya mengambil keputusan membeli sendiri motor tu dan akan datang balik ke kedai tu untuk memasang alat tersbut, bagaimana saya nak beli? .... di Kuantan tiada stok pun! , dengan alasan belum pernah motor exora tu rosak di kawasan Kuantan ...... mmmm logik ke?
So saya pun beli secara online ...era internet katakan ... dengan bantuan pak cik google saya search alat tu dan saya beli daripada Global Online Marketing (tel : 0163662923) dengan harga RM 175 termasuk post.
Syukur setel masalah saya, dan upah memasang motor viper sebanyak RM 60 (termaksud kos diagnose problem tu sebelum.

Selamat Pengantin Baru
Selamat Pengantin Baru adikku Amizan dan adik iparku Khairul
Majlis kenduri adik iparku di Menglembu, Ipoh
Dalam Perjalanan Balik singgah dan menginap di Homestay Komardi, Cameron Highland
Khamis, 16 Oktober 2014
Your Attitude Determines Your Latitude
Your Attitude Determines Your Latitude
Satu ayat yang sangat mendalam untuk mengambarkan siapa kita dan bagaimana sikap kita?
Apa itu latitude? ianya merujuk di mana kedudukan kita sama ada kewangan, pangkat, jawatan, gred pekerjaan, hubungan sosial atau apa saja yang menunjukan kedudukan kita dalam masyarakat.
Menurut Azizi Ali, jika dah 10 tahun kita dalam pekerjaan kita kita masih berada di kedudukan yang sama, ini membawa maksud kita tidaklah penting sangat kepada organisasi kita, meaning jika kita ada atau tidak tidak memberi sebarang kesan pun kepada organisasi kita tu.
Moralnya jika kita puas hati dengan kedudukan kita meaning kita telah mempunyai sikap yang cukup baik, tetapi jika tak berpuas hati dengan kedudukan kita, meaning kita hendaklah muhasabah kembali dengan sikap kita terhadap sesuatu sehingga kita berada di kedudukan tersebut.
Sikap merupakan satu salah satu elemen yang penting dalam menentukan sesuatu kejayaan, dalam kehidupan manusia, seseorang individu hanya berbeza sedikit sahaja berbanding dengan individu lain iaitu sikap (attitude), tetapi perbezaan ini akan menentukan perbezaan yang besar dalam kejayaan dan kedudukan (latitude) individu tersebut. Sikap ini boleh jadi sikap yang positif atau sikap yang negatif.
Sekiranya kita terjumpa orang yang mengkritik kita, boleh kah kita menerima pendapatnya cara mudah untuk mengetahui sama ada pendapatnya boleh diterima kita lihat siapa dia dan di manakah kedudukan dia sewaktu dia mengkritik kita?

Rabu, 15 Oktober 2014
Kejayaaan
Apakah itu kejayaan?
Kejayaaan boleh takrif dari pelbagai sudut,
Secara am biasanya kejayaan banyak bergantung kepada
1. sikap
2. tindakan yang diambil
3. bagaimana kita diprogramkan
4. tahu apa yang dikehendaki
5. tulis apa yang dikehendaki
HAKIKAT KEJAYAAN
Bagaimana kejayaan yang sebenar adalah kita berjaya memasuki surga di kedudukan yang tinggi kerana sesungguhnya kehidupan di dunia ini adalah tipu daya sahaja, manakla kehidupan diakhirat adalah kehidupan yang sebenar
maksud Surah Al Mukminum 111 - 115
"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya". (115)
Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?" (112)
Mereka menjawab: "Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung (113)
Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia). (114)
"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (115)
EMOSI UNTUK KEJAYAAN
Mengikut pendapat Prof Dr Muhaya, 7 emosi yang tidak perlu ada dalam diri kita iaitu
1. takut
2. benci
3. dendam
4. tamak
5. tahyul
6. marah
7. dengki
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah Al Maaidah, 90)

“Desire is the starting point of all achievement, not a hope, not a wish, but a keen pulsating desire which transcends everything.” Napoleon Hill

Langgan:
Catatan (Atom)