Selasa, 25 Mac 2014

Tak boleh sombong

Allah tidak suka orang yang sombong

 . .

 Kita wajar sentiasa merendah diri dan berserderhana dalam pertuturan
 . .

 Kita hanyalah hamba Allah yang terlalu kerdil jika dibandingkan dengan ilmu Allah yang maha luas

 . .
Ilmu kita terlalu sedikit.

Khamis, 20 Mac 2014

7 Tabiat personal cemerlang

1. Jadikan diri seorang yang proaktif
    - bertindak tanpa disuruh, sentiasa up to date
    - contoh sentiasa membaca dan mengikuti perkembangan masa

2. Fikirkan apa hendak dicapai
    - Sebelum kita membuat sesuatu, kita telah laku sebelumnya iaitu melalui fikiran
    - Apa yang kita fikir itu sebolehnya kita rancang dengan teliti
    - dalam erti kata lain, kita setkan matlamat terlebih dahulu
    - Arkitek membuat plan yang terperinci, sebelum jurutera membinanya

3. Utamakan apa yang lebih utama
    - Masa yang terhad ini, sebaiknya kita tumpu sepenuh perhatian kepada perkara yang lebih utama

4. Berfikir untuk menang-menang
    - Bantulah kawan kawan yang lain yang kurang bersedia
    - Insha Allah ilmu kita bertambah

5. Fahamkan dahulu apa yang hendak difahamkan
    - Sama ada hendak fahamkan orang lain atau kita
    - Sebagai contoh kita nak faham konsep genetik, kita kena faham hukum Mendel I dan II dan hukum yang tidak mengikut hukum Mendel

6. Bertenaga
    - Lakukan sesuatu dengan penuh iltizam dan enthusiasm

7. Berterusan dan sentiasa memperbaiki diri
    - Istiqamah dan sentiasa baiki kesalahan sebelum ini.