Isnin, 17 November 2014

Kita tiada apa apa

Ada seorg petani miskin yang sering dileteri oleh isterinya (biasalah org puan mmg sukar leter ..tah apa apa) isterinya mahu almari, tetapi sayangnya petani tu tak mampu nak beli kerana kemiskinan. Memandangkan petani itu tak tahan dileteri oleh isterinya maka dia pun bercadang untuk ke hutan mencari kayu dan membuat sendiri almari untuk isterinya.

Semasa dalam perjalanan dia sempat solat dhuha dan minta agar dimurahkan rezeki meskipun hanya sementara kerana sekurangnya dia dapat juga merasa bahagia. Semasa ianya meneruskan perjalanan dia terjumpa wang syiling lama bernilai rm1 alang kah gembiranya dia kerana syiling rm 1 jarang jarang diniagakan

Tanpa membuang masa dia mengambil wang itu untuk membeli makanan untuk bekalan dia sewaktu mencari kayu nanti. Apabila sampai di gerai nasi lemak, mak cik tu berkata duit tu barang antik lebih baik dia pergi tukar.di kedai antik hujung sana tentu nilai wang itu makin bertambah. maka ia pun pergi ke kedai antik untuk dijual duit syiling tu ...maka petani miskin itu dapat rm 30 happynya dia

berbekalkan dgn duit rm 30 ni dia fikir mmmm boleh beli kayu so tak payahlah pergi hutan untuk mencari kayu ...maka dia pun beli lah kayu untuk dibuat almari 

setelah dia mbeli kayu yg agak cantik dgn wang tadi maka dia pun singgah di kilang buat almari agar dia dapat idea nak buat almari tu

bila sampai di kilang tu tiba tiba tokey kilang itu berkenan dgn kayu yg dia bawa sebab kayu tu mmg berkualiti dan sukar dijumpai....tokej tu nak beli kayu dia dgn harga rm 250 tanpa fikir panjang dia pun menjual kayu tu

dgn duit rm 250 tu dia pergi semula ke.kedai jual kayu ...dlm perjalanan dia tersempak dgn ada org nak pi dah rumah ..org tu malas nak angkut semua ..petani miskin itu tawar nak beli salah satu almari org itu dgn harga rm 250 ....maka petani miskin dpat membeli almari itu ..alangkah happy dia sebab lepas ni isteri dia tak perlu.leter lagi (ala puan ni nanti dia.leter benda lain pula )

maka petani miskin bersusah payah angkut almari itu ...bila dlm perlajanan pulang dia melalui kawasan perunahan baru ...tiba di sebuah rumah tiba tiba ada org yg berminat dgn almarinya dan sanggup membeli dgn harga rm 1k tapi petani miskin tu enggan jual sebab mmg nak bagi almari cantik ni kepada isterinya .. org tadi pelik kenapa petani miskin itu tak jual (atas desakan isteri org tu ...desakan puan ni mmg rimas kan) org tu offer bak beli rm 2,500 banyak tu rugi jika menolak maka petani itu pun juallah almari itu ...happy lah petani miskin itu kerana dpat merasa pegang duit beribu ...rasa bahagia dihatinya

 dgn duit rm 2500 pulanglah petani miskin itu kerumahnya dgn girang dan sambil bersiul siul ... dlm perjalanan pulang petani itu telah dirompak maka hilanglah wang rm 2500 tu hu hu 

maka petani miskin itu pulang dgn dukacita akibat ianya dirompak ...bila sampai dirumah dia begitu muram sekali ..dan ditanya oleh isterinya kenapa.muram.durjana ...maka petani miskin berkata bahawa dia telah dirompak sebentar tadi ....isteri kepelikan ...abg dirompak apa?...abg bukan ada apa apa pun untuk dirompak 

petani miskin itu baru tersedar bahawa dia mmg tak ada apa apa yg perlu ditangisi ..maka kembalilah ceria semua petani miskin itu meneruskan kehidupan

sesunguhnya kita di dunia tiada apa apa pun semuanya pinjaman dari Allah jua ..jika kita diberi peluang utk memiliki ingatlah itu hanya sementara jangan terlalu sedih dgn apa apapun ...begitu juga isteri/suami kita ...dulu bukan milik kita so jangan terlalu angkuh dgn kecantikan/ketampanan pasangan kita kerana pasangan kita hanyalah dipinjam semntara untuk kita ....begitu juga dgn anak anak dan harta benda kita 

itu aje perkongsian cerita saya ..cerita ni diubah suai daripada cerita motivasi.

Selasa, 28 Oktober 2014

Unfair Advantage


Sebuah buku dari penulis terkenal dalam Pendidikan Kewangan Peribadi Robert T. Kiyosaki




Pengenalan

Orang asli Afrika dan Asia mudah menangkap monyet, mengapa mudah? .. Pemburu akan mencari pokok yang mempunyai lubang kecil pada batang pokok dan meletakkan buah buahan ataupun kacang sebagai umpan di dalam lubang itu, apabila monyet datang mereka akan menyeluk tangannya ke dalam lubang itu untuk mencapai buah. Sayangnya genggaman tangan monyet itu yang dipenuhi umpan tidak dapat ditarik keluar kerana monyet itu masih tidak mahu melepaskan genggaman umpan itu , apabila pemburu datang dengan mudah untuk menangkap monyet itu.

Manusia juga mempunyai tabiat yang sama secara tak langsung, meskipun tidak berpaut kepada buah-buahan ataupun kacang tetapi manusia berpaut pada jaminan pekerjaan, pemilikan dan wang, sebahagian besar menghambakan diri sebagai hamba gaji kepada majikan dan hamba cukai kepada kerajaaan.

Kita boleh ditarifkan kepada kuadran tertentu berasaskan cara kita mendapat wang iaitu,
Jika monyet yang dibelenggu dengan umpan , manusia pula terbelanggu dengan idea lama dalam kewangan, beberapa idea lama tentang wang

1. Saya tidak akan kaya
2. orang kaya bersifat tamak
3. Saya lebih sanggup gembira daripada kaya
4. cukai tidak adil
5. saya perlu bekerja keras
6. Melabur itu berisiko
7. Peroleh pendidikan berkualiti
8. Saya perlu jaminan pekerjaan
9. Saya perlu melabur untuk jangka masa panjang dalam portfolio yang perlbagai merangkumi saham, bon dan dana bersama
10. Saya tidak pandai di sekolah. Bagimana saya boleh menjadi kaya?

Licik Pertama : Ilmu Pengetahuan

Sekiranya saya mempunyai USD 10K Apa yang patut saya buat dengan wang itu? Di mana saya patut melabur?

Jawapan ringkas : Sekiranya kita tak tahu apa yang patut dilakukan dengan wang kita, perkara terbaik yang kita boleh lakukan adalah tidak memberitahu sesiapa :)

Kenapa jangan membritahu orang lain, sebab ramai orang diluar yang meminta kita serahkan wang kita untuk diuruskan, bahaya tu.

Definisi Pendidikan Kewangan yang diajar di sekolah adalah kurang tepat, maka need definisi yang komprehensif agar kita dapat memahami makna definisi kewangan peribadi.

Dalam melaburkan duit kita untuk memberi aset seharusnya kita tertumpu kepada Aliran Tunai bukannya Keutungan Modal

Jika belian Aset boleh memberikan sumber pendapatan kepada kita .. ini baru boleh digelarkan aset contohnya kita beli rumah dan sewakan kepada orang lain, jumlah sewa melebihi pinjaman perumahan kita, lebihan wang itu akan masuk dalam poket kita, baru layak digerak Aset.

Tetapi jika belian Aset itu hanya mengeluarkan perbelanjaaan sahaja , itu bukannya aset sebaliknya adalah Liabiliti. Jika kita beli rumah untuk kita, tiada pendapatan yang masuk malah perbelanjaan yang harus keluar kerana membeli perabut ubahsuai dan sebagainya maka rumah yang kita duduk bukannya aset tetapi adalah liabiliti.

Kesimpulannya pendidikan kewangan memberikan keupayaan kita menerima maklumat dan memproses ia menjadi pengetahuan untuk kita.

Licik Kedua : Cukai

Golongan E dan S adalah pembayar cukai yang tertinggi berbanding golongan B dan I yang kurang membayar cuakai.














Jumaat, 17 Oktober 2014

Pembelian Melalui Internet

Baru ni motor viper kereta Proton Exora saya rosak, sayangnya bengkel autoelektrik kereta tiada stok dan dia kata bekalan stok di Kuantan juga tiada, so need tempahan khas need RM 550 mahal tu.

So saya mengambil keputusan membeli sendiri motor tu dan akan datang balik ke kedai tu untuk memasang alat tersbut, bagaimana saya nak beli?  .... di Kuantan tiada stok pun! , dengan alasan belum pernah motor exora tu rosak di kawasan Kuantan ...... mmmm logik ke?

So saya pun beli secara online ...era internet katakan ... dengan bantuan pak cik google saya search alat tu dan saya beli daripada Global Online Marketing (tel : 0163662923) dengan harga RM 175 termasuk post.

Syukur setel masalah saya, dan upah memasang motor viper sebanyak RM 60 (termaksud kos diagnose problem tu sebelum.

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru adikku Amizan dan adik iparku Khairul














Majlis kenduri adik iparku di Menglembu, Ipoh




Dalam Perjalanan Balik singgah dan menginap di Homestay Komardi, Cameron Highland








Khamis, 16 Oktober 2014

Your Attitude Determines Your Latitude

Your Attitude Determines Your Latitude

Satu ayat yang sangat mendalam untuk mengambarkan siapa kita dan bagaimana sikap kita?

Apa itu latitude? ianya merujuk di mana kedudukan kita sama ada kewangan, pangkat, jawatan, gred pekerjaan, hubungan sosial atau apa saja yang menunjukan kedudukan kita dalam masyarakat.

Menurut Azizi Ali, jika dah 10 tahun kita dalam pekerjaan kita kita masih berada di kedudukan yang sama, ini membawa maksud kita tidaklah penting sangat kepada organisasi kita, meaning jika kita ada atau tidak tidak memberi sebarang kesan pun kepada organisasi kita tu.

Moralnya jika kita puas hati dengan kedudukan kita meaning kita telah mempunyai sikap yang cukup baik, tetapi jika tak berpuas hati dengan kedudukan kita, meaning kita hendaklah muhasabah kembali dengan sikap kita terhadap sesuatu sehingga kita berada di kedudukan tersebut.

Sikap merupakan satu salah satu elemen yang penting dalam menentukan sesuatu kejayaan, dalam kehidupan manusia, seseorang individu  hanya berbeza sedikit sahaja berbanding dengan individu lain iaitu sikap (attitude), tetapi perbezaan ini akan menentukan perbezaan yang besar dalam kejayaan dan kedudukan (latitude) individu tersebut. Sikap ini boleh jadi sikap yang positif atau sikap yang negatif.

Sekiranya kita terjumpa orang yang mengkritik kita, boleh kah kita menerima pendapatnya cara mudah untuk mengetahui sama ada pendapatnya boleh diterima kita lihat siapa dia dan di manakah kedudukan dia sewaktu dia mengkritik kita?


Rabu, 15 Oktober 2014

Kejayaaan

Apakah itu kejayaan?

Kejayaaan boleh takrif dari pelbagai sudut,



Secara am biasanya kejayaan banyak bergantung kepada

1. sikap
2. tindakan yang diambil
3. bagaimana kita diprogramkan
4. tahu apa yang dikehendaki
5. tulis apa yang dikehendaki

“Desire is the starting point of all achievement, not a hope, not a wish, but a keen pulsating desire which transcends everything.”   Napoleon Hill


HAKIKAT KEJAYAAN

Bagaimana kejayaan yang sebenar adalah kita berjaya memasuki surga di kedudukan yang tinggi kerana sesungguhnya kehidupan di dunia ini adalah tipu daya sahaja, manakla kehidupan diakhirat adalah kehidupan yang sebenar

maksud  Surah Al Mukminum 111 - 115 

"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya". (115)

Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?" (112) 

Mereka menjawab: "Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung (113)

Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia). (114)

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (115)

EMOSI UNTUK KEJAYAAN

Mengikut pendapat Prof Dr Muhaya, 7 emosi yang tidak perlu ada dalam diri kita iaitu
1. takut
2. benci
3. dendam
4. tamak
5. tahyul
6. marah
7. dengki

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah Al Maaidah, 90)


Steamboat di halaman rumah


Happening makan steamboat di halaman rumah



Jumaat, 25 Julai 2014

Perlu dijauhi



Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah Al Maaidah, 90)

[91]
Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? 







Jumaat, 4 Julai 2014

Perkahwinan

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (An Nisa 3)


Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. (An Nisa 4)


Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). 
(An Nisa, 19)

[20]
Dan jika kamu hendak mengambil isteri (baharu) menggantikan isteri (lama yang kamu ceraikan) sedang kamu telahpun memberikan kepada seseorang di antaranya (isteri yang diceraikan itu) harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil sedikitpun dari harta itu. Patutkah kamu mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan (yang menyebabkan) dosa yang nyata?
[21]
Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain, dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?
[22]
Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan). 


[23]
Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[24]
Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. 


[25]
Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki. Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba - abdi itu) adalah berasal sama (dari Adam, dan seugama pula). Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya serta berikanlah maskahwinnya menurut yang patut. Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur, dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. Kemudian setelah mereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksa yang ditetapkan ke atas perempuan-perempuan yang merdeka. (Hukum perkahwinan) yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu; dan sabarnya kamu (tidak berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 


[34]
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. 


[35]
Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya. 


[127]
Dan mereka meminta fatwa kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hak dan kewajipan) kaum perempuan. Katakanlah olehmu: "Allah akan memberi keterangan (fatwa) kepada kamu mengenai mereka dan juga (ada difatwakan dalam) apa yang selalu dibacakan kepada kamu dalam Kitab (Al-Quran) ini mengenai perempuan-perempuan yatim yang kamu tidak memberi kepadanya apa yang telah ditetapkan menjadi hak mereka, dan yang kamu suka berkahwin dengan mereka; dan juga mengenai anak-anak yang lemah (yang masih kecil lagi). Dan (kamu juga diwajibkan) supaya menguruskan (hak dan keperluan) anak-anak yatim dengan adil. Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu lakukan (kepada mereka), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya." 



[128]
Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya "nusyuz" (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai); sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan), dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan. 



Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An Nisa 129)


Dan jika keduanya bercerai, maka Allah akan cukupkan (keperluan) masing-masing dari limpah kurniaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Maha Bijaksana. (An Nisa 130)



Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain). (Surah Al Tallaq, 1)


Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),  (Surah Al Tallaq, 2)


Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.  (Surah Al Tallaq, 3)



Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.  (Surah Al Tallaq, 4)


Peraturan-peraturan yang demikian adalah hukum-hukum Allah yang diturunkan dan diterangkanNya kepada kamu; dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya. 
 (Surah Al Tallaq, 5)


Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya. 
 (Surah Al Tallaq, 6)


Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.  (Surah Al Tallaq, 7)







Felixia Yeap telah Islam

Tahniah kerana telah diberi hidayah Felixia Yeap, sesungguhnya hidayah itu milik Allah

Petikan kata beliau di blognya. Felixia Yeap

3 Julai : Hari Kelahiran Semula Ku - Felixia Yeap

Assalammualaikum.

Sejak beberapa bulan ini, dari saat saya bertekad sebulat hati mengenakan hijab walaupun sebagai seorang yang belum Islam hatinya, hingga ke saat ini (3 Julai, sekarang pukul 6 pagi baru lepas Sahur), di mana saya telah Islam di hati, cuma tinggal perasmian sebagai seorang Islam di atas kertas dan di depan 4 orang saksi...saya telah mengharungi pelbagai dugaan.

Bantahan.

Makian.

Sindiran.

Fitnah.

Penyisihan.

Tekanan.

Tetapi syukur Alhamdullilah...saya juga dapat sokongan yang begitu hebat, yang menyentuh hati dan sokongan positif inilah yang serba sedikit menyumbang kepada saya untuk terus beristiqamah.

Dan saya harus berterima kasih juga dengan kedegilan saya. 
Terkenal juga dengan kepala batu saya, saya tidak mudah mengalah. 

Ya...saya mengaku, banyak kali saya rasa tumpas, tewas dan menangis atas semua yang negatif dan kasar terhadap saya. 

Namun, saya tetap tidak tanggalkan hijab saya.

Saya tetap teruskan perjalanan. 

Saya bertuah kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja tabah untuk membesarkan saya dan adik dalam keluarga, tetapi rahmat yang terbesar adalah apabila beliau, seorang yang bukan Islam, langsung tidak mengetahui tentang agama Islam (kecuali yang Islam tak boleh makan khinzir) dan seringkali disindir saudara mara yang lain kerana anak perempuannya bertudung sehingga ke muka depan suratkhabar dan sebagainya...tidak membantah, malah merestui keputusan saya ini apabila saya memberitahu beliau yang saya sedang mempelajari tentang agama Islam dan bercadang untuk memeluknya.
Ibu kata saya sudah banyak berubah lebih baik.
Ibu kata saya dah matang, dah dewasa akhirnya.
Dalam dialek Kantonis, bila saya bermanja dan menanya kenapa beliau merestui keputusan saya, beliau menjawab, "Sang seng jor lor, dai gor nui la...kwai jor hou dor."
Ibu saya senyum, dan saya menahan air mata.

Rata-rata, ramai mualaf yang dibuang keluarga dan disisihkan keluarga kerana keputusan yang sama, dan ada segolongan pula yang terpaksa menyembunyikan identiti mereka sebagai seorang Islam daripada keluarga dan orang ramai kerana takut dibuang keluarga dan disisihkan. 

Saya mengaku, jika ayah saya tidak meninggalkan kami sekeluarga, mungkin perkara yang sama akan berlaku pada diri saya. Tetapi Allah Maha Mengetahui. 

Mungkin ini juga salah satu hikmah dari penceraian ibu dan ayah.
(Ibu saya jauhhhh lebih bahagia sekarang juga, ALHAMDULLILAH!)

Ia memaksa saya untuk berdikari pada usia muda, menjaga adik sehingga saya habis SPM dan terus meninggalkan Ipoh untuk mencuba nasib seorang diri di Kuala Lumpur dengan hanya RM300 sebulan sementara saya belajar di sebuah IPTS. Apabila sudah dihentikan saluran duit satu hari, saya keluar bekerja kerana saya tidak ingin melihat ibu saya terus bersusah payah menggunakan duit simpanan beliau yang tidak seberapa untuk menyara kami adik-beradik. Tambahan pula, adik saya perlu (dan saya pastikan) menyambung pelajaran dan perlu wang untuk membiayai yurannya. 

Saya mula memikul tanggungjawab menyara keluarga.

Pada masa itu, saya tidak ada agama (saya dibesarkan di keluarga yang tidak percaya kepada mana-mana agama atau Tuhan), tidak ada apa-apa bimbingan agama...cuma berbekalkan nasihat dari ibu saya; iaitu jangan menyusahkan orang lain, jangan membiarkan mana-mana lelaki mengambil kesempatan, jangan berbuat jahat, jangan tertipu dengan orang di bandar dan jaga diri baik-baik.

Namun sebagai seorang naif yang tidak tahu apa-apa tentang dunia, tipu helah dan godaan manusia (Ya, keputusan SPM yang baik tidak menjamin anda akan selamat dengan tipu helah dunia)...saya juga mula terikut-ikut dengan orang di sekeliling saya. TETAPI, saya cuba sedaya upaya yang boleh untuk melindungi diri saya dan pada masa yang sama mencari nafkah untuk dihantar balik ke rumah untuk ibu dan adik. Saya kekalkan pendirian untuk tidak sentuh arak, rokok, atau dadah. 
Pernah banyak kali dipaksa, tetapi kedegilan saya untuk menurut paksaan dan suruhan orang lain menyelamatkan saya dari terjerumus sekali dengan yang lain.

Dengan mata saya sendiri saya sepanjang hampir 10 tahun saya terlibat dalam bidang modeling, saya pernah lihat pelbagai jenis manusia dan cara kehidupan yang dikatakan "mewah" dan bahagia.
Mewah juga disamakan dengan kebahagiaan. 
Orang di sekeliling saya pada masa itu kebanyakkannya mengukur kebahagiaan dengan kekayaan teman lelaki, apa parti yang paling "happening" yang mereka dapat pergi, rasa "happy" janji dapat minum dan mabuk, berapa yang boleh dikikis dari lelaki kaya yang memikat, dan kebanyakkan mendahagakan kemewahan dan dicari tanpa mempedulikan harga diri.

Tetapi bagi saya, itu bukan kemewahan yang saya cari. Sebab apa gunanya punyai kemewahan tetapi hidup rasa kosong, tidak bermakna dan bergelumangan dengan dosa?
Itu bukan kebahagiaan yang saya carikan.

Saya pernah cuba mencari Tuhan.
Cuba mendekati diri dengan Tuhan.

Saya pernah pergi ke gereja Katolik setiap Ahad petang selama 2 tahun.
Saya pernah cuba memahami agama Kristian.
Saya pernah cuba mencari makna dalam penyembahan berhala Dewa Kuan Yin dan sebagainya.
Saya juga pernah cuba mengamalkan amalan seorang penganut Buddha.

Tetapi hati saya tidak pernah merasa dekat dengan Tuhan.
Hati saya tidak pernah rasa tersentuh.

***Harap jangan salah faham, di sini saya cuma ingin menekankan bahawa saya rasa lebih dekat dengan agama Islam, dengan Allah SWT. Saya hanya menjelaskan apa yang saya rasa dari hati.

Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran agama Islam, saya lebih redha, lebih tenang dan lebih senang bersyukur dengan hidup yang serba sederhana.
Duit dan kemewahan tidak lagi menarik perhatian saya sepertimana dahulu. 
Saya tidak lagi rasa "impressed" atau teruja dengan kereta sport, bag mahal, kehidupan glamor, atau cita-cita tinggal di rumah besar dan mewah.

Ya, tidak dapat dinafikan, jika ada semua ini, bukan benda yang buruk, malah bonus kehidupan...tetapi wang dan kemewahan tidak dapat membeli rasa bertaubat, rasa ingin menjadi seorang yang lebih baik, ketenangan, keredhaan dan kebahagiaan.

Sepanjang hampir 7 bulan saya berhijab dan mengenali agama Islam, saya banyak menangis. 
Bukan dalam kesedihan, tetapi dalam rasa penyesalan kehidupan yang dulu dan rasa ingin bertaubat.

Seringkali saya merintih dalam bisikkan yang saya ulang tanpa henti, "Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa saya!"

Pada kali pertama saya melihat video pengislaman dan pengucapan seorang wanita, saya tidak dapat henti menangis.
Pada saya, dia amat bertuah kerana Allah SWT memilih dia untuk diselamatkan.

Masa itu...saya masih tidak tahu apa itu hidayah dan taufiq.

Dan pada hari ini, iaitu hari bersejarah dalam hidup saya...saya akan menjadi seorang Islam secara rasmi. 

3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadhan 1435.

Saya yang telah Islam di hati (tanpa disedari), kini akan mengucapkan 2 kalimah syahadah saya di depan keluarga terdekat saya, dan juga para kenalan yang telah seringkali menyokong dan memberi galakkan pada saya supaya terus istiqamah.

Tidak ada sebarang media yang akan hadir.

Hari ini bukan hanya saja Hari Lahir saya...tetapi juga Hari Kelahiran Semula saya. 
Hari saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang.



P.S: Saya masih berbangsa Cina, dan akan berkeras mengekalkan nama Cina yang diberi ibu saya. Nama Cina saya dalam bermaksud "Ketenangan, Keanggunan" atau di dalam bahasa Inggeris, "Silent Grace". 
Saya cuma akan menambah nama kurniaan dari mimpi saya di hadapan nama asal.


Terima kasih semua atas sokongan anda. =)

Selasa, 1 Julai 2014

Berbuka puasa

Hari semalam mengawas kuiz topikal di DKK3 


Bila pulang dah hampir jam 7 pm dan tentu tak sempat nak sediakan juadah berbuka puasa, so saya ajak famili berbuka di masjid , still happening dan meriah. terbaik.


Rabu, 25 Jun 2014

Bahagia & Membahagiakan - Prof. Dr. Muhaya

Prof. Dr. Muhaya Muhamad
Khemah Ibadah Salimah Kerjasama bersama JAIS dan Salimah 
24 Mac 2012 Masjid SSAAS, Shah Alam

Pangkat semua pinjaman, kita tak punya apa2 sebenarnya. Resepi awet muda - bukan cari makanan fizikal sahaja, tapi cari makanan rohani juga. Bila tengok cermin - kita yang dilihat atau kita yang melihat. Mana lebih kuat? Roh atau jasad? Bagaimana  untuk kuatkan roh, kuatkan rohani?

Demo - Seorang pelajar sukarela naik ke pentas. Dia diminta meluruskan tangan kanan dan jika ditolak oleh Prof. Muhaya, dia diminta melawan agar tangannya kekal lurus.Kemudian dia diminta menyebut namanya sendiri, dan bila tangannya ditolak, tangannya melawan dan kekal lurus.Kemudian dia diminta menyatakan yang namanya Prof. Muhaya, dan bila tangannya ditolak, tangannya tidak melawan dan jatuh ke sisinya. Mengapa berlaku sedemikian? Demo diulang beberapa tetapi keputusannya sama. Inilah kuasa minda bawah sedar - bila cakap benar kita jadi kuat, cakap tipu terus automatik jadi lemah. Perkara sama berlaku bila pelajar diuji dengan bayangan imej positif, negatif, imej muka orang jahat vs orang baik, imej benda pelajar suka vs benci. Bila imej negatif di minda, badan  terus lemah, bila gambarkan imej positif, badan automatik jadi kuat.

Jadi semak diri kita. Kita suka baca berita apa? Siapa kena tangkap, siapa rasuah, siapa cerai, siapajahat. Apa ertinya? Kenapa kita tertarik untuk mengetahui benda negatif? Orang negatif memang suka benda negatif. Kenapa kita selalu fokus pada benda negatif. Jika nak 'operation', kenapa tanya 'side effect' sebelum tanya 'good effect'?

Inilah kuasa minda. Tukar pula 'audience' cuba lihat pelajar di pentas dgn pandangan sayang dan benci. Perkara sama berlaku. Pandangan kasih sayang beri kekuatan, pandangan negatif melemahkannya. Itulah kesannya bila ibubapa lihat anak dengan pandangan sayang atau marah. Anak fitrahnya lahir dalam keadaan baik. Ibu bapa yang mencorakkan.  Jika anak perangai tak elok, semak dulu perangai ibubapa. Bila kata tak boleh, tak suka - badan automatik jadi lemah.

Kenapa jika berada di Mekah, semua kita kata jadi kenyataan, mengapa kita tak ada keyakinan begitu di Malaysia? Adakah doa dimakbulkan jika kita di Mekah sahaja?

Konsep: di mana minda kita? Minda bukan sekadar di kepala, tapi di seluruh tubuh, di setiap sel kita. Jadi untuk bahagia, kita perlu sentiasa ada imej positif. Minda ada 2 jenis - sedar dan bawah sedar. Cuba bayangkan pintu rumah dan pintu kaabah. Mana lagi cepat nampak? Sama je kan walaupun Kaabah jauh beribu batu daripada rumah kita. Itulah keupayaan minda bawah sedar. Sebab itu kita mudah ingat rupa orang daripada namanya.  Minda sedar berupaya memproses cuma 5bit/s.

Pelajar yang bijak banyak guna gambar - lihat kesan iklan - kalau sebut piza, ingat Pizza Hut. Sebab  itu kena jaga apa yang mata kita lihat. Berita apa yang kita fokus? Mengapa asyik salahkan anak muda? Ibubapa kenapa perasan bagus? Macam mana anak nak dengar cakap Ibubapa, bila ibubapa tak dengar cakap Allah? Imam Ghazali kata bila lihat anak muda, kita kena rasa rendah diri kerana mereka kurang dosa daripada kita.

Bila kita pergi ke rumah seseorang, selepas 20 minit kita dah boleh lihat masa depan ahli keluarga tersebut. Bagaimana untuk menilai masa depan seseorang?

Konsepnya - Fikiran menghasilkan emosi, emosi menghasilkan tindakan, tindakan menghasilkan kehidupan.

Fikiran positif hasilkan perkara positif dan sebaliknya. Jadi ,jika luar tak elok, sebenarnya yang perlu dibetulkan ialah dalaman kita. Jadi, pagi2 kita tengok Tanyalah Ustaz atau baca surat khabar? Bila baca surat khabar, kita tengok cerita orang, jadi, bila tengok orang, nampak tak kekurangan kita, nampak tak apa yang kita perlu betulkan pada diri? Bila kita sibuk tengok aib orang, apa orang lain akan buat pula? Cari aib kita. Jadi, bila kita mengumpat orang, orang lain akan umpat kita pula. Jadi lepas ini cuba tampar diri sendiri jika mulut tersasul mengumpat orang lain. Kita ni bila anak buat salah, cepat je kita tampar, tapi bila kita buat salah, kenapa tak tampar diri sendiri pula?

Jadi berbalik pada bagaimana menilai kehidupan orang pada masa akan datang. Jika pergi kerumahnya lihat adakah barangannya semua cantik2. Kecantikan fizikal untuk pandangan manusia, namun kebersihan hati yang menjadi pandangan Allah. Kemudian tengok pula bahan bacaannya, adakah suratkhabar dan majalah saja? Ada tak buku2 ilmu? Kemudian tengok peti ais pula? Adakah makanan sihat atau makanan menempah ICU 20 tahun akan datang? Jadi kena jaga pemakanan dari muda. Makan untuk sihat, bukan untuk sedap saja. Kemudian masa makan cakap apa? Mengumpat atau berbincang yang baik2? Apa yang kita cakap mengubah molekul makanan kita 'especially' air. Tubuh kita ada 70% air, jadi jika air yang diminum 'dikotori' umpatan, kejian tak elok, ianya akan memberi pengaruh tak elok juga pada tubuh kita. 

Kajian saintifik juga menunjukkan sebab utama kanser payu dara adalah tekanan (stress). Orang wanita ramai yang memendam perasaan. Jadi suami yang nak lihat isteri sihat, jangan kahwin dua. Orang Sudan sgt menghormati wanita kerana menganggap semua wanita sebagai ibunya. 

Wanita biar kasar dengan orang luar, lembut hanya dengan suami. Remaja wanita mohon jangan gedik2. Remaja lelaki hanya suka wanita gedik untuk jadi 'girlfriend', yang tak gedik baru jadikan isteri. 

Isteri lemah lembut dengan suami, bukan dengan bos di pejabat. Sebelum tidur, maafkan orang lain. Suami isteri sebelum tidur kena saling berterima kasih, tanya 'performance for the day', tanya berapa markah sebagai suami, sebagai isteri. Suami isteri kena selalu 'check' akaun emosi. Bagaimana akaun emosi kita? Pujian, ucapan terima kasih akan tambah deposit akaun. Tapi kalau kena keji, kena marah akan negatifkan akaun. Kita, kalau dipuji 10x, ditegur 1x akan dapat terima dengan mudah. Tetapi masalahnya hari ini, pujian xde, terima kasih xde, yang dapat hanyalah komen, kejian, jadi sebab itu wanita mudah merajuk. Sebab itu ramai pasangan bercerai kerana perkara kecil seperti tak gosok baju. Masalah sebenarnya akaun emosi negatif, sebab itu perkara kecil dan remeh memberi kesan besar, masalah sebenarnya ialah hidup tak bahagia.

Wanita jangan rasa lebih kerana berpangkat di pejabat. Jangan sekali-kali merasa lebih tinggi dari suami. Jangan cerita masalah rumah tangga dengan rakan lelaki atau wanita di pejabat. Orang lelaki pun kadang2 kalau dengan isteri orang memang simpati lebih, jadi wanita berjaga-jaga. Wanita kena jaga aurat, pergaulan di pejabat.  Untuk cari rezeki halal, perlu jaga syariat agar mengalir keberkatan daripada rezeki tersebut. Wanita jangan suka sangat dipuji, pujian boleh menipu kita.

Jadi, betul tak cara pemikiran kita hari ini boleh menentukan masa depan kita? Jadi nak ubah cara fikir tak? Ya, kena ubah, cara fikir positif akan bawa kesan positif dalam hidup.

Bila bangun pagi, lepas solat, ada tak renung diri? Ada tak muhasabah diri? Di mana kedudukan kita hari ini adalah kesan perbuatan yang kita pilih 20 tahun dulu. Saya dulu orang yang sangat menghargai masa, buat kerja nak cepat, sanggup duduk dalam stor kasut untuk fokus baca buku sebab sangat minat belajar dan tak suka buang masa. Jadi pilihan kita menentukan di mana kita nanti - mati kita bagaimana, sakaratul maut bagaimana. Semuanya kita yang buat pilihan. Kita sibuk menunggu pilihanraya umum, tapi ada buat tak pilihanraya setiap hari? Pilihan raya setiap hari - iman/nafsu,  syurga/neraka, pahala/dosa, taat/murka, Allah redha/Allah murka. Setiap saat, setiap perkara yang kita buat, perlu lalui pilihanraya ini sebagai panduan. Contoh bila jumpa orang, fikir nak senyum tak senyum? Nak senyum tak senyum, akhirnya senyum sesaat je. Senyum tu di bibir saja, tidak datang dari hati. Jadi kita senyum biar ikhlas - senyum 7 saat sambil bagi salam.

Jadi anak kita sebenarnya ikut perangai ibubapa. Jadi bila anak bermasalah, nak cerita dengan orang tak? Masalah siapa sebenarnya? Ibu bapa perlu renung diri sendiri dulu.

Kita selalu komplen anak nakal, tak dengar kata. Selalu sebut benda ni depan anak - jadilah itulah imej/gambaran yang ada di minda anak. Bila kita kata jangan usik adik, usik adik itulah terlihat di fikirannya. Cuba uji diri sendiri. Katakan jangan fikir gajah biru, tapi gajah biru yang kita akan nampak. Inilah kuasa minda bawah sedar. Minda bawah sedar tentukan 95% kehidupan kita. Jadi bagaimana imej diri kita di dalam, itulah yang orang akan nampak di luar. Sekarang letak tangan kanan atas dada dan kata - dunia dalaman saya menentukan dunia luaran saya. Letak tangan atas kepala (energy point kita) dan kata "saya seorang yang beriman dan bertaqwa". Jadi untuk tengok kita elok atau tak, tengok sekeliling kita. Jika suami tak elok, salah siapa sebenarnya? Suami elok untuk isteri elok. Jadi nak cerita dengan orang ke keburukan suami kita? Sama juga, jika anak nakal salah siapa? Anak itu acuan kita. 

Lagi satu yang penting ialah imej diri. Siapa rasa dia lawa, pandai, tak pandai? Apa imej di dalam itulah yang akan dapat di luar. Dunia dalam menghasilkan dunia luar. Imej diri menentukan apa yang kita dapat dalam kehidupan. Manusia berkualiti mengamalkan 3 perkara:
1. Dengan Allah bertakwa
2. Dengan manusia berakhlak
3. Bila kerja perlu itqaan (buat sehabis baik).

Jadi jika nak jadi manusia berkualiti - kita kena gambarkan bagaimana orang berkualiti. Sebelum tidur, bayangkan diri kita menjadi orang berkualiti - buat imaginasi nampak kita sebagai orang yang bertaqwa dengan Allah - solat tepat waktunya, kita jaga aurat dsb. Kedua bayangkan kita berakhlak dengan orang lain - bila bercakap lemah-lembut. Ketiga bayangkan kita itqaan - buat kerja dengan baik, jadi isteri yang baik, layan tetamu dengan baik dsb. Bayangkan semua ini sebelum tidur dan imej ini akan masuk dalam minda bawah sedar kita.

Minda bawah sedar datang bersama emosi - eg ucapkan sy syukur sy sihat, sy taat suami, sy sayang mak mertua. Saya nak ingatkan, wanita kena sayang ibu mertua. Pernah tak kita sebagai isteri ucap terima kasih kerana mak mertua melahirkan dan memelihara anaknya sehingga jadi suami kita. Wanita jangan nak kawal suami dan ketepikan ibu mertua. Wanita yang bijak kena bantu suami jadi anak soleh. Barulah suami boleh masuk syurga, itu baru cinta sebenar. Jika isteri tak baik dengan mak mertua, nanti bila suami nak buka cawangan lain, mak mertua sokong suami. Baru padan muka ;)

Lagi saya nak sebut bila bangun pagi, ucapkan Alhamdulillah. Pasang niat untuk solat tepat pada waktu, kerja dengan itqaan dsb. Masa bekerja pastikan dapat gaji halal. Siapa layan facebook masa tengah kerja? Tanya diri halal ke gaji yang kita dapat tu? Jadi jika anak buat perangai cuba renung-renungkan. Gaji berkat akan mengalir pada anak. Gaji tak berkat pun sama. Sebab itu kadang2 gaji 3 ribu tapi rasa tak cukup, anak perangai ptak elok. Pelik tak bila gaji seorang pengawal keselamatan boleh bela anak hingga jadi doktor. Semua kerana niat ikhlas bekerja. Jadi pasang niat yang betul. Kerja dengan jujur dan ikhlas, biar kita buat lebih, dibayar kurang. Kita mohon semoga bayaran yang kurang Allah ganti dengan keberkatan pada kehidupan anak dan cucu. Jangan kerja kurang, ambil gaji lebih. Yang terlebih ambil itu pasti Allah ambil balik dalam bentuk2 lain spt anak degil, kereta selalu rosak dsb.

Kita kalau susah jangan mengharap pada manusia lain. Mengadu dan mengharap pada Allah semata. Jika niat baik, Allah akan buka jalan. Bila kerja kita fokus untuk cari kebaikan, semga Allah beri kebaikan pada anak. Masalah kita Allah yang beri jalan keluar, bukan manusia.

Orang ego suka melawan, suka nak menang, mudah marah, suka fikir apa orang fikir terhadapnya. Suka fikir yang apa yg dia dapat adalah hasil usaha kerasnya. Salah sebenarnya - tanpa izin Allah, kita takkan dapat apa2. Lawan ego adalah orang murah hati,terima org seadanya, rendah diri, suka buat baik dsb.

Saya tabik pada semua suri rumahtangga. Tugas mereka bukan mudah. Saya tak suka buat kerja rumah tapi kalau bedah mata orang saya suka. Jadi kita hidup kena buat apa yang kita suka, gunakan kekuatan dalam pekerjaan, bak pepatah - work yr strength, pay yr weakness. Jadi saya upah orang jadi maid untuk tampung kelemahan.

Jika kita difitnah, kita suka memfitnah orang sebenarnya. Jika diumpat, kita suka mengumpat. Saya banyak lihat benda ini semasa pembedahan - jika orang tu baik, mudah saja prosesnya. Jika orang tak baik, benda mudah pun boleh jadi susah. Saya pun banyak kekurangan, cuma pandai cakap sikit je. Sama-sama kita perbaiki diri.

Jadi apa formula kita utk bahagia? Tingkatkan kebergantungan pada Allah. Hanya Allah yang boleh beri bahagia. Bila bergantung pada Allah, semua jadi mudah. Oleh itu berfikir sejenak lebih baik dari solat sunat.

Formula bahagia:1. Menghormati makhluk Allah - manusia, haiwan, benda. Apa makna hormat? Bila kita guna harta awam, bagaimana cara kita? Ikhlas atau tak?2. Buat baik tanpa harapkan balasan, buat kerana Allah.3. Sentiasa lemah lembut.4. sentiasa tanya apa sy boleh tolong, bukan apa sy boleh dapat. Great livers are great givers.

Agak2 boleh bahagia tak kalau amalkan begini? InsyaAllah boleh. Millionare pun ada pengalaman begini - yg pertama, beli baju mahal2, tak bahagia jugak, kedua, dia beli barang branded tapi still tak bahagia, ketiga, buat benda pelik2 mcm panjat Everest tapi still tak rasa bahagia, next dia ikut kawan dia beri bantuan pada anak yatim. Dia bagi kerusi roda pada budak kudung. Bila lepas bagi, budak tu panggil dia dan kata - "aku nak lihat wajah orang yang aku akan lihat di syurga nanti". Mendengar kata2 itu, terus air matanya mengalir. Saat itu baru dia rasa bahagia, rupanya kebahagiaan hanya dapat apabila kita memberi utk orang lain, bukan beri pada diri sendiri.

Jadi mudah tak nak amalkan formula untuk bahagia? Mudah je kan?

Seterusnya amalkan 3 prinsip untuk tak risau. 1. Masa terpenting ialah sekarang, jadi kenapa kenangkan apa yang berlaku semalam?2. Siapa paling penting - orang depan kita. 3. Apakah perkara paling penting - buat baik.Jadi jaga 3 perkara ini. Jika tiada orang depan kita, buat baik pada diri, jaga solat, jangan buat jahat. Bila buat baik, kita dekatkan diri dengan syurga.

Orang sebelah Kiri - xde ilmu, risau, banyak penyakit, miskin.Orang sebelah Kanan - ada ilmu, tenang, bahagia, sihat, kaya. Kaya bukan harta, tapi dalaman.

4 tahap bahagia: - x bahagia langsung- bahagia dgn dadah- bahagia jika anak2 dah kawin- bahagia walau apa pun berlaku, bahagia kerana ada Allah dan Rasul.

Kita hidup biar ada ibadah pada Allah. Nak cari pencen kubur - anak soleh, amal jariah, ilmu bermanfaat.

Soalan & Jawapan:
S: Rakan ada masalah rumah tangga sehingga menjejaskan kerjaya. Sebagai rakan, bagaimana untuk membantunya?
J: Masa kahwin - lelaki & perempuan sama level. Andai berlaku perceraian- wanita jangan cepat melatah. Mungkin 'taraf' kita dah tak sama. Wanita jangan bergantung pada suami, tapi bergantunglah pada Allah. Mungkin ada hikmah perceraian itu. Wanita boleh masuk syurga tanpa suami. Untuk tolong rakan yang susah, beri ilmu. Pertama ajak jaga hubungan dengan Allah, betulkan dalaman, luaran akan jadi betul. Merayu, mengadu pada Allah, jangan pada manusia. Sebelum beri nasihat pada orang, beri kasih sayang dulu, then guna ayat AlQuran utk tegur dan ajak buat kebaikan.

S: Bagaimana meyakinkan ibubapa yang suka menyalahkan anak2? Bagaimana nak tegur ibubapa agar tak kecil hati.
J: nak tegur mak bapa susah, jadi tak payah tegur sebaliknya jadikan diri kita contoh. Secara tak langsung ibu bapa akan terperasan kesilapan mereka. Walaupun di salahkan ibu bapa, terus berusaha untuk ambil hati mereka. Petua utk ambil hati - puji, beri hadiah, penuhkan hatinya dengan kasih sayang.

Manusia ni ada 3 benda payah nak buat - mengaku buat silap, minta maaf, buat baik pada org yang buat jahat pada kita. 



S: Bagaimana nak memotivasi anak yang masih dalam pengajian?
J: beritahu anak yang kegagalan sebagai ujian bukan kegagalan semata. Cari kawan yang baik, isi kehidupan untuk mencari makna kehidupan. Ingatkan anak tujuan asal belajar - untuk dapat redha Allah bukan semata-mata keperluan duniawi. Kerja dengan makna bukan sekadar keperluan.

Karangan ini adalah hasil daripada petikan karangan daripada blog kerana kasih nabi

http://keranakasihnabi.blogspot.com/2012/03/bahagia-membahagiakan-prof-dr-muhaya.html