Apa yang menarik mengenai buku ini?
Buku ini terpecah kepada 4 bahagian. Yups, 4 bahagian yang sangat mudah di hadam oleh sesiapa sahaja.
- Fundamental Techniques in Handling People
- Six Ways to Make People Like You
- How to Win People to Your Way of Thinking
- Be a Leader – How to Change People Without Giving Offense or Arousing Resentment
Untuk bahagian pertama, ia adalah asas yang ramai antara kita sebenarnya tak praktikkan. Ok, siapa tak kondem? Siapa tak kritik? Kalau anda kaki kondem atau kritik atau komplen, kena baca buku ini kerana anda masih jauh perjalanan untuk jadi seorang yang mampu tangani orang lain.
Bahagian ke 2 adalah yang menarik minat den. Selepas habis baca, den dapati public relation berkait rapat dengan cara kita senyum, cara kita mendengar, cara kita menghargai orang lain, dan yang penting cara kita benar benar minat untuk mengenali seseorang. Salah satu isi terbaik dalam part ke-2 adalah, apabila kita mendengar luahan orang dengan bersungguh sunguh dan ikhlas, orang itu akan mudah rapat dan selesa dengan kita.
Bahagian ke 3 dan ke 4 adalah lebih kepada kita di dalam dunia koperat atau social yang besar. Jika anda ingin menjadi orang yang berpengaruh seperti ahli politik, atau businessman yang berjaya, bahagian ke 3 dan 4 adalah bahagian yang paling penting di dalam buku ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan