Selasa, 25 Mac 2014

Tak boleh sombong

Allah tidak suka orang yang sombong

 .
A018
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. ( Luqman 31:18 )
.

 Kita wajar sentiasa merendah diri dan berserderhana dalam pertuturan
 .
A019
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai". ( Luqman 31:19 )
.

 Kita hanyalah hamba Allah yang terlalu kerdil jika dibandingkan dengan ilmu Allah yang maha luas

 .
A027
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( Luqman 31:27 )
.
Ilmu kita terlalu sedikit.

Khamis, 20 Mac 2014

7 Tabiat personal cemerlang

1. Jadikan diri seorang yang proaktif
    - bertindak tanpa disuruh, sentiasa up to date
    - contoh sentiasa membaca dan mengikuti perkembangan masa

2. Fikirkan apa hendak dicapai
    - Sebelum kita membuat sesuatu, kita telah laku sebelumnya iaitu melalui fikiran
    - Apa yang kita fikir itu sebolehnya kita rancang dengan teliti
    - dalam erti kata lain, kita setkan matlamat terlebih dahulu
    - Arkitek membuat plan yang terperinci, sebelum jurutera membinanya

3. Utamakan apa yang lebih utama
    - Masa yang terhad ini, sebaiknya kita tumpu sepenuh perhatian kepada perkara yang lebih utama

4. Berfikir untuk menang-menang
    - Bantulah kawan kawan yang lain yang kurang bersedia
    - Insha Allah ilmu kita bertambah

5. Fahamkan dahulu apa yang hendak difahamkan
    - Sama ada hendak fahamkan orang lain atau kita
    - Sebagai contoh kita nak faham konsep genetik, kita kena faham hukum Mendel I dan II dan hukum yang tidak mengikut hukum Mendel

6. Bertenaga
    - Lakukan sesuatu dengan penuh iltizam dan enthusiasm

7. Berterusan dan sentiasa memperbaiki diri
    - Istiqamah dan sentiasa baiki kesalahan sebelum ini.