Jumaat, 25 Mei 2012

Jemputan Makan

Hari ini saya dijemput untuk memenuhi jemputan

Sarapan Pagi di Unit Biologi


Makan pagi bersama Pensyarah Biologi, dengan menu Nasi Dagang dan Nasi Lemak, sedap

Makan Tengahari di Unit Matematik


Terima kasih di atas jemputan.

Isnin, 14 Mei 2012

Apa Yang Perlu Dikatakan, Apabila Anda Berbicara Dengan Diri Sendiri

Satu topik yang sangat menarik kerana kita sering kali berbicara dengan diri sendiri, kerana Kejayaan atau kegagalan kita dalam apa sahaja, besar atau kecil, bergantung kepada pemprograman kita - apa sahaja yang kita terima daripada orang lain dan apa yang kita katakan bila kita berbicara dengan diri kita sendiri.



Kita adalah apa yang kita fikirkan, kerana

Tingkahlaku kita banyak bergantung kepada perasaan kita
Perasaan kita banyak bergantung kepada sikap kita
Sikap kita banyak bergantuk kepada paradigma (kepercayaan) kita
Paradigma kita banyak bergantung kepada pemprograman kita.

Kita perlu memprogram diri kita untuk menghasilkan tingkahlaku kita.





KRT Taman Mahkota Aman Fasa 4, Kuantan



Saya dilantik sebagai Pengerusi KRT (Kawasan Rukun Tetangga) Taman Mahkota Aman Fasa 4, Kuantan. satu tugas yang berat yang perlu dipikul untuk tugas sosial dan kejiranan.








Perjalanan Haji

Syukur Alhamdullilah, kerana dengan rahmat Allah saya dan isteri telah selesai menunaikan fadhu haji di musim tahun 2011 yang lalu.

Kami mendaftar dalam linkungan tahun 2005, selepas daftar saya buat potongan di Tabung Haji sebanyak RM 100 sebulan sebagai ganti kos lepas tidak merokok, syukur walaupun potongan itu kecil dan ditambah wang lebihan lain mampu membawa saya ke tanah suji Mekah untuk menunaikan haji.