Khemah Ibadah Salimah Kerjasama bersama JAIS dan Salimah
24 Mac 2012 Masjid SSAAS, Shah Alam
24 Mac 2012 Masjid SSAAS, Shah Alam
Pangkat semua pinjaman, kita tak punya apa2 sebenarnya. Resepi awet muda - bukan cari makanan fizikal sahaja, tapi cari makanan rohani juga. Bila tengok cermin - kita yang dilihat atau kita yang melihat. Mana lebih kuat? Roh atau jasad? Bagaimana untuk kuatkan roh, kuatkan rohani?
Demo - Seorang pelajar sukarela naik ke pentas. Dia diminta meluruskan tangan kanan dan jika ditolak oleh Prof. Muhaya, dia diminta melawan agar tangannya kekal lurus.Kemudian dia diminta menyebut namanya sendiri, dan bila tangannya ditolak, tangannya melawan dan kekal lurus.Kemudian dia diminta menyatakan yang namanya Prof. Muhaya, dan bila tangannya ditolak, tangannya tidak melawan dan jatuh ke sisinya. Mengapa berlaku sedemikian? Demo diulang beberapa tetapi keputusannya sama. Inilah kuasa minda bawah sedar - bila cakap benar kita jadi kuat, cakap tipu terus automatik jadi lemah. Perkara sama berlaku bila pelajar diuji dengan bayangan imej positif, negatif, imej muka orang jahat vs orang baik, imej benda pelajar suka vs benci. Bila imej negatif di minda, badan terus lemah, bila gambarkan imej positif, badan automatik jadi kuat.
Jadi semak diri kita. Kita suka baca berita apa? Siapa kena tangkap, siapa rasuah, siapa cerai, siapajahat. Apa ertinya? Kenapa kita tertarik untuk mengetahui benda negatif? Orang negatif memang suka benda negatif. Kenapa kita selalu fokus pada benda negatif. Jika nak 'operation', kenapa tanya 'side effect' sebelum tanya 'good effect'?
Inilah kuasa minda. Tukar pula 'audience' cuba lihat pelajar di pentas dgn pandangan sayang dan benci. Perkara sama berlaku. Pandangan kasih sayang beri kekuatan, pandangan negatif melemahkannya. Itulah kesannya bila ibubapa lihat anak dengan pandangan sayang atau marah. Anak fitrahnya lahir dalam keadaan baik. Ibu bapa yang mencorakkan. Jika anak perangai tak elok, semak dulu perangai ibubapa. Bila kata tak boleh, tak suka - badan automatik jadi lemah.
Kenapa jika berada di Mekah, semua kita kata jadi kenyataan, mengapa kita tak ada keyakinan begitu di Malaysia? Adakah doa dimakbulkan jika kita di Mekah sahaja?
Konsep: di mana minda kita? Minda bukan sekadar di kepala, tapi di seluruh tubuh, di setiap sel kita. Jadi untuk bahagia, kita perlu sentiasa ada imej positif. Minda ada 2 jenis - sedar dan bawah sedar. Cuba bayangkan pintu rumah dan pintu kaabah. Mana lagi cepat nampak? Sama je kan walaupun Kaabah jauh beribu batu daripada rumah kita. Itulah keupayaan minda bawah sedar. Sebab itu kita mudah ingat rupa orang daripada namanya. Minda sedar berupaya memproses cuma 5bit/s.
Pelajar yang bijak banyak guna gambar - lihat kesan iklan - kalau sebut piza, ingat Pizza Hut. Sebab itu kena jaga apa yang mata kita lihat. Berita apa yang kita fokus? Mengapa asyik salahkan anak muda? Ibubapa kenapa perasan bagus? Macam mana anak nak dengar cakap Ibubapa, bila ibubapa tak dengar cakap Allah? Imam Ghazali kata bila lihat anak muda, kita kena rasa rendah diri kerana mereka kurang dosa daripada kita.
Bila kita pergi ke rumah seseorang, selepas 20 minit kita dah boleh lihat masa depan ahli keluarga tersebut. Bagaimana untuk menilai masa depan seseorang?
Konsepnya - Fikiran menghasilkan emosi, emosi menghasilkan tindakan, tindakan menghasilkan kehidupan.
Fikiran positif hasilkan perkara positif dan sebaliknya. Jadi ,jika luar tak elok, sebenarnya yang perlu dibetulkan ialah dalaman kita. Jadi, pagi2 kita tengok Tanyalah Ustaz atau baca surat khabar? Bila baca surat khabar, kita tengok cerita orang, jadi, bila tengok orang, nampak tak kekurangan kita, nampak tak apa yang kita perlu betulkan pada diri? Bila kita sibuk tengok aib orang, apa orang lain akan buat pula? Cari aib kita. Jadi, bila kita mengumpat orang, orang lain akan umpat kita pula. Jadi lepas ini cuba tampar diri sendiri jika mulut tersasul mengumpat orang lain. Kita ni bila anak buat salah, cepat je kita tampar, tapi bila kita buat salah, kenapa tak tampar diri sendiri pula?
Jadi berbalik pada bagaimana menilai kehidupan orang pada masa akan datang. Jika pergi kerumahnya lihat adakah barangannya semua cantik2. Kecantikan fizikal untuk pandangan manusia, namun kebersihan hati yang menjadi pandangan Allah. Kemudian tengok pula bahan bacaannya, adakah suratkhabar dan majalah saja? Ada tak buku2 ilmu? Kemudian tengok peti ais pula? Adakah makanan sihat atau makanan menempah ICU 20 tahun akan datang? Jadi kena jaga pemakanan dari muda. Makan untuk sihat, bukan untuk sedap saja. Kemudian masa makan cakap apa? Mengumpat atau berbincang yang baik2? Apa yang kita cakap mengubah molekul makanan kita 'especially' air. Tubuh kita ada 70% air, jadi jika air yang diminum 'dikotori' umpatan, kejian tak elok, ianya akan memberi pengaruh tak elok juga pada tubuh kita.
Kajian saintifik juga menunjukkan sebab utama kanser payu dara adalah tekanan (stress). Orang wanita ramai yang memendam perasaan. Jadi suami yang nak lihat isteri sihat, jangan kahwin dua. Orang Sudan sgt menghormati wanita kerana menganggap semua wanita sebagai ibunya.
Wanita biar kasar dengan orang luar, lembut hanya dengan suami. Remaja wanita mohon jangan gedik2. Remaja lelaki hanya suka wanita gedik untuk jadi 'girlfriend', yang tak gedik baru jadikan isteri.
Isteri lemah lembut dengan suami, bukan dengan bos di pejabat. Sebelum tidur, maafkan orang lain. Suami isteri sebelum tidur kena saling berterima kasih, tanya 'performance for the day', tanya berapa markah sebagai suami, sebagai isteri. Suami isteri kena selalu 'check' akaun emosi. Bagaimana akaun emosi kita? Pujian, ucapan terima kasih akan tambah deposit akaun. Tapi kalau kena keji, kena marah akan negatifkan akaun. Kita, kalau dipuji 10x, ditegur 1x akan dapat terima dengan mudah. Tetapi masalahnya hari ini, pujian xde, terima kasih xde, yang dapat hanyalah komen, kejian, jadi sebab itu wanita mudah merajuk. Sebab itu ramai pasangan bercerai kerana perkara kecil seperti tak gosok baju. Masalah sebenarnya akaun emosi negatif, sebab itu perkara kecil dan remeh memberi kesan besar, masalah sebenarnya ialah hidup tak bahagia.
Wanita jangan rasa lebih kerana berpangkat di pejabat. Jangan sekali-kali merasa lebih tinggi dari suami. Jangan cerita masalah rumah tangga dengan rakan lelaki atau wanita di pejabat. Orang lelaki pun kadang2 kalau dengan isteri orang memang simpati lebih, jadi wanita berjaga-jaga. Wanita kena jaga aurat, pergaulan di pejabat. Untuk cari rezeki halal, perlu jaga syariat agar mengalir keberkatan daripada rezeki tersebut. Wanita jangan suka sangat dipuji, pujian boleh menipu kita.
Jadi, betul tak cara pemikiran kita hari ini boleh menentukan masa depan kita? Jadi nak ubah cara fikir tak? Ya, kena ubah, cara fikir positif akan bawa kesan positif dalam hidup.
Bila bangun pagi, lepas solat, ada tak renung diri? Ada tak muhasabah diri? Di mana kedudukan kita hari ini adalah kesan perbuatan yang kita pilih 20 tahun dulu. Saya dulu orang yang sangat menghargai masa, buat kerja nak cepat, sanggup duduk dalam stor kasut untuk fokus baca buku sebab sangat minat belajar dan tak suka buang masa. Jadi pilihan kita menentukan di mana kita nanti - mati kita bagaimana, sakaratul maut bagaimana. Semuanya kita yang buat pilihan. Kita sibuk menunggu pilihanraya umum, tapi ada buat tak pilihanraya setiap hari? Pilihan raya setiap hari - iman/nafsu, syurga/neraka, pahala/dosa, taat/murka, Allah redha/Allah murka. Setiap saat, setiap perkara yang kita buat, perlu lalui pilihanraya ini sebagai panduan. Contoh bila jumpa orang, fikir nak senyum tak senyum? Nak senyum tak senyum, akhirnya senyum sesaat je. Senyum tu di bibir saja, tidak datang dari hati. Jadi kita senyum biar ikhlas - senyum 7 saat sambil bagi salam.
Jadi anak kita sebenarnya ikut perangai ibubapa. Jadi bila anak bermasalah, nak cerita dengan orang tak? Masalah siapa sebenarnya? Ibu bapa perlu renung diri sendiri dulu.
Kita selalu komplen anak nakal, tak dengar kata. Selalu sebut benda ni depan anak - jadilah itulah imej/gambaran yang ada di minda anak. Bila kita kata jangan usik adik, usik adik itulah terlihat di fikirannya. Cuba uji diri sendiri. Katakan jangan fikir gajah biru, tapi gajah biru yang kita akan nampak. Inilah kuasa minda bawah sedar. Minda bawah sedar tentukan 95% kehidupan kita. Jadi bagaimana imej diri kita di dalam, itulah yang orang akan nampak di luar. Sekarang letak tangan kanan atas dada dan kata - dunia dalaman saya menentukan dunia luaran saya. Letak tangan atas kepala (energy point kita) dan kata "saya seorang yang beriman dan bertaqwa". Jadi untuk tengok kita elok atau tak, tengok sekeliling kita. Jika suami tak elok, salah siapa sebenarnya? Suami elok untuk isteri elok. Jadi nak cerita dengan orang ke keburukan suami kita? Sama juga, jika anak nakal salah siapa? Anak itu acuan kita.
Lagi satu yang penting ialah imej diri. Siapa rasa dia lawa, pandai, tak pandai? Apa imej di dalam itulah yang akan dapat di luar. Dunia dalam menghasilkan dunia luar. Imej diri menentukan apa yang kita dapat dalam kehidupan. Manusia berkualiti mengamalkan 3 perkara:
1. Dengan Allah bertakwa
2. Dengan manusia berakhlak
3. Bila kerja perlu itqaan (buat sehabis baik).
1. Dengan Allah bertakwa
2. Dengan manusia berakhlak
3. Bila kerja perlu itqaan (buat sehabis baik).
Jadi jika nak jadi manusia berkualiti - kita kena gambarkan bagaimana orang berkualiti. Sebelum tidur, bayangkan diri kita menjadi orang berkualiti - buat imaginasi nampak kita sebagai orang yang bertaqwa dengan Allah - solat tepat waktunya, kita jaga aurat dsb. Kedua bayangkan kita berakhlak dengan orang lain - bila bercakap lemah-lembut. Ketiga bayangkan kita itqaan - buat kerja dengan baik, jadi isteri yang baik, layan tetamu dengan baik dsb. Bayangkan semua ini sebelum tidur dan imej ini akan masuk dalam minda bawah sedar kita.
Minda bawah sedar datang bersama emosi - eg ucapkan sy syukur sy sihat, sy taat suami, sy sayang mak mertua. Saya nak ingatkan, wanita kena sayang ibu mertua. Pernah tak kita sebagai isteri ucap terima kasih kerana mak mertua melahirkan dan memelihara anaknya sehingga jadi suami kita. Wanita jangan nak kawal suami dan ketepikan ibu mertua. Wanita yang bijak kena bantu suami jadi anak soleh. Barulah suami boleh masuk syurga, itu baru cinta sebenar. Jika isteri tak baik dengan mak mertua, nanti bila suami nak buka cawangan lain, mak mertua sokong suami. Baru padan muka ;)
Lagi saya nak sebut bila bangun pagi, ucapkan Alhamdulillah. Pasang niat untuk solat tepat pada waktu, kerja dengan itqaan dsb. Masa bekerja pastikan dapat gaji halal. Siapa layan facebook masa tengah kerja? Tanya diri halal ke gaji yang kita dapat tu? Jadi jika anak buat perangai cuba renung-renungkan. Gaji berkat akan mengalir pada anak. Gaji tak berkat pun sama. Sebab itu kadang2 gaji 3 ribu tapi rasa tak cukup, anak perangai ptak elok. Pelik tak bila gaji seorang pengawal keselamatan boleh bela anak hingga jadi doktor. Semua kerana niat ikhlas bekerja. Jadi pasang niat yang betul. Kerja dengan jujur dan ikhlas, biar kita buat lebih, dibayar kurang. Kita mohon semoga bayaran yang kurang Allah ganti dengan keberkatan pada kehidupan anak dan cucu. Jangan kerja kurang, ambil gaji lebih. Yang terlebih ambil itu pasti Allah ambil balik dalam bentuk2 lain spt anak degil, kereta selalu rosak dsb.
Kita kalau susah jangan mengharap pada manusia lain. Mengadu dan mengharap pada Allah semata. Jika niat baik, Allah akan buka jalan. Bila kerja kita fokus untuk cari kebaikan, semga Allah beri kebaikan pada anak. Masalah kita Allah yang beri jalan keluar, bukan manusia.
Orang ego suka melawan, suka nak menang, mudah marah, suka fikir apa orang fikir terhadapnya. Suka fikir yang apa yg dia dapat adalah hasil usaha kerasnya. Salah sebenarnya - tanpa izin Allah, kita takkan dapat apa2. Lawan ego adalah orang murah hati,terima org seadanya, rendah diri, suka buat baik dsb.
Saya tabik pada semua suri rumahtangga. Tugas mereka bukan mudah. Saya tak suka buat kerja rumah tapi kalau bedah mata orang saya suka. Jadi kita hidup kena buat apa yang kita suka, gunakan kekuatan dalam pekerjaan, bak pepatah - work yr strength, pay yr weakness. Jadi saya upah orang jadi maid untuk tampung kelemahan.
Jika kita difitnah, kita suka memfitnah orang sebenarnya. Jika diumpat, kita suka mengumpat. Saya banyak lihat benda ini semasa pembedahan - jika orang tu baik, mudah saja prosesnya. Jika orang tak baik, benda mudah pun boleh jadi susah. Saya pun banyak kekurangan, cuma pandai cakap sikit je. Sama-sama kita perbaiki diri.
Jadi apa formula kita utk bahagia? Tingkatkan kebergantungan pada Allah. Hanya Allah yang boleh beri bahagia. Bila bergantung pada Allah, semua jadi mudah. Oleh itu berfikir sejenak lebih baik dari solat sunat.
Formula bahagia:1. Menghormati makhluk Allah - manusia, haiwan, benda. Apa makna hormat? Bila kita guna harta awam, bagaimana cara kita? Ikhlas atau tak?2. Buat baik tanpa harapkan balasan, buat kerana Allah.3. Sentiasa lemah lembut.4. sentiasa tanya apa sy boleh tolong, bukan apa sy boleh dapat. Great livers are great givers.
Agak2 boleh bahagia tak kalau amalkan begini? InsyaAllah boleh. Millionare pun ada pengalaman begini - yg pertama, beli baju mahal2, tak bahagia jugak, kedua, dia beli barang branded tapi still tak bahagia, ketiga, buat benda pelik2 mcm panjat Everest tapi still tak rasa bahagia, next dia ikut kawan dia beri bantuan pada anak yatim. Dia bagi kerusi roda pada budak kudung. Bila lepas bagi, budak tu panggil dia dan kata - "aku nak lihat wajah orang yang aku akan lihat di syurga nanti". Mendengar kata2 itu, terus air matanya mengalir. Saat itu baru dia rasa bahagia, rupanya kebahagiaan hanya dapat apabila kita memberi utk orang lain, bukan beri pada diri sendiri.
Jadi mudah tak nak amalkan formula untuk bahagia? Mudah je kan?
Seterusnya amalkan 3 prinsip untuk tak risau. 1. Masa terpenting ialah sekarang, jadi kenapa kenangkan apa yang berlaku semalam?2. Siapa paling penting - orang depan kita. 3. Apakah perkara paling penting - buat baik.Jadi jaga 3 perkara ini. Jika tiada orang depan kita, buat baik pada diri, jaga solat, jangan buat jahat. Bila buat baik, kita dekatkan diri dengan syurga.
Orang sebelah Kiri - xde ilmu, risau, banyak penyakit, miskin.Orang sebelah Kanan - ada ilmu, tenang, bahagia, sihat, kaya. Kaya bukan harta, tapi dalaman.
4 tahap bahagia: - x bahagia langsung- bahagia dgn dadah- bahagia jika anak2 dah kawin- bahagia walau apa pun berlaku, bahagia kerana ada Allah dan Rasul.
Kita hidup biar ada ibadah pada Allah. Nak cari pencen kubur - anak soleh, amal jariah, ilmu bermanfaat.
Soalan & Jawapan:
S: Rakan ada masalah rumah tangga sehingga menjejaskan kerjaya. Sebagai rakan, bagaimana untuk membantunya?
J: Masa kahwin - lelaki & perempuan sama level. Andai berlaku perceraian- wanita jangan cepat melatah. Mungkin 'taraf' kita dah tak sama. Wanita jangan bergantung pada suami, tapi bergantunglah pada Allah. Mungkin ada hikmah perceraian itu. Wanita boleh masuk syurga tanpa suami. Untuk tolong rakan yang susah, beri ilmu. Pertama ajak jaga hubungan dengan Allah, betulkan dalaman, luaran akan jadi betul. Merayu, mengadu pada Allah, jangan pada manusia. Sebelum beri nasihat pada orang, beri kasih sayang dulu, then guna ayat AlQuran utk tegur dan ajak buat kebaikan.
S: Rakan ada masalah rumah tangga sehingga menjejaskan kerjaya. Sebagai rakan, bagaimana untuk membantunya?
J: Masa kahwin - lelaki & perempuan sama level. Andai berlaku perceraian- wanita jangan cepat melatah. Mungkin 'taraf' kita dah tak sama. Wanita jangan bergantung pada suami, tapi bergantunglah pada Allah. Mungkin ada hikmah perceraian itu. Wanita boleh masuk syurga tanpa suami. Untuk tolong rakan yang susah, beri ilmu. Pertama ajak jaga hubungan dengan Allah, betulkan dalaman, luaran akan jadi betul. Merayu, mengadu pada Allah, jangan pada manusia. Sebelum beri nasihat pada orang, beri kasih sayang dulu, then guna ayat AlQuran utk tegur dan ajak buat kebaikan.
S: Bagaimana meyakinkan ibubapa yang suka menyalahkan anak2? Bagaimana nak tegur ibubapa agar tak kecil hati.
J: nak tegur mak bapa susah, jadi tak payah tegur sebaliknya jadikan diri kita contoh. Secara tak langsung ibu bapa akan terperasan kesilapan mereka. Walaupun di salahkan ibu bapa, terus berusaha untuk ambil hati mereka. Petua utk ambil hati - puji, beri hadiah, penuhkan hatinya dengan kasih sayang.
J: nak tegur mak bapa susah, jadi tak payah tegur sebaliknya jadikan diri kita contoh. Secara tak langsung ibu bapa akan terperasan kesilapan mereka. Walaupun di salahkan ibu bapa, terus berusaha untuk ambil hati mereka. Petua utk ambil hati - puji, beri hadiah, penuhkan hatinya dengan kasih sayang.
Manusia ni ada 3 benda payah nak buat - mengaku buat silap, minta maaf, buat baik pada org yang buat jahat pada kita.
S: Bagaimana nak memotivasi anak yang masih dalam pengajian?
J: beritahu anak yang kegagalan sebagai ujian bukan kegagalan semata. Cari kawan yang baik, isi kehidupan untuk mencari makna kehidupan. Ingatkan anak tujuan asal belajar - untuk dapat redha Allah bukan semata-mata keperluan duniawi. Kerja dengan makna bukan sekadar keperluan.
J: beritahu anak yang kegagalan sebagai ujian bukan kegagalan semata. Cari kawan yang baik, isi kehidupan untuk mencari makna kehidupan. Ingatkan anak tujuan asal belajar - untuk dapat redha Allah bukan semata-mata keperluan duniawi. Kerja dengan makna bukan sekadar keperluan.
Karangan ini adalah hasil daripada petikan karangan daripada blog kerana kasih nabi
http://keranakasihnabi.blogspot.com/2012/03/bahagia-membahagiakan-prof-dr-muhaya.html